Firdaus Azlan / ROTIKAYA
28 Nov 2024, 1:54 PM
Usahawan jelita, Madammu mendedahkan hampir lapan tahun tidak menerima nafkah dari suami atas persetujuannya sendiri.
Menerusi video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid berkata dia pada awal perkahwinan suaminya memberi duit belanja.
BACA: Madammu Sakit Mata Orang Pakai Mutiara Dengan Jeans
Bagaimanapun, apabila dia sudah mula bekerja dan ada pendapatan sendiri, dia meminta suaminya memberi fokus pada perbelanjaan ibu bapa dan adik beradiknya.
Difahamkan, Madammu berkongsikan perkara itu apabila memberikan pandangan berkenaan soal nafkah dan duit raya.
“Kalau nak cerita tentang duit raya atau nafkah, rasanya sudah hampir 8 tahun TP (suami) tak bagi. Tapi Madammu sendiri yang setuju dari dulu.
“Masa awal-awal kahwin, TP bagi duit belanja. Bila dah mula bekerja, saya dapat duit lebih banyak dari TP. Semenjak itu, saya minta TP fokus bagi duit belanja pada ibu ayah dan adik beradik,” katanya.
Nama Madammu menjadi bualan ramai apabila produk kecantikannya, Noir menjadi penaja Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36).
SUMBER: TikTok, Oh Bulan
ROTIKAYA MEDIA SDN BHD
Reg No. 201301044709 (1074532-H)
© ROTIKAYA 2024